Dari Meja Utusan...

Anggota Keluarga


Hari ni kita akan belajar tentang anggora dalam keluarga...


Guru Sebagai Contoh

Keteladanan dalam pendidikan adalah metod berkesan yang paling meyakinkan keberhasilannya
dalam mempersiapkan dan membentuk pelajar di dalam moral, spiritual dan sosial. Hal ini kerana
pendidik adalah contoh terbaik dalam pandangan pelajar, yang akan ditirunya dalam tindak
tanduknya dan tata santunnya. Secara sedar atau tidak, akan tersemat dalam jiwa dan perasaan
suatu gambaran pendidik tersebut, baik dalam ucapan atau perbuatan, baik material atau
spiritual sama ada diketahui atau tidak.

Relaks...



Halal dan Haram?


Cara Meredakan Stress

1. Rileks dan santai di segala situasi dan keadaan.


Ketika berada dilingkungan yang berbezaa baik pekerjaan mahupun rumah kita harus membiasakan diri sebaik mungkin. Masalah di pejabat jangan di bawa ke rumah dan begitupun sebaliknya.

2. Terbuka kepada orang lain.

Mencuba untuk mengungkapkan perasaan di hati mahupun apa yang ada di fikiran merupakan salah satu bentuk aktualisasi diri sehingga kompensasi yang didapatkan hasilnya tidak terlalu buruk.

3. Ikut kegiatan olahraga / organisasi secara efektif.

Kesibukan yang bervariatif telah terbukti mampu menurunkan stress negatif dan mampu memotivasi secara bertahap dan terus menerus.

4. Makanan bergizi/seimbang secara teratur.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Didalam jiwa yang sihat terdapat tubuh yang sihat”, dan hal itu cukup membuktikan pentingnya makanan yang bergizi di dalam fizik kita supaya psikologis kita juga sihat.

5. Istirehat dan tidur yang cukup serta teratur.

Jika fikiran dan hati terlalu letih maka dengan sendiri nya akan menimbulkan timbul stress. Jadi jika anda letih berehat sejenak, jangan lupa tidur yang teratur, jangan terlalu sering berjaga malam hal ini kurang baik untuk kesihatan.

6. Hindari semua godaan dan kebisingan.

Godaan disini maksudnya godaan duniawi yang cenderung dengan kemewahan, glamour dan bersifat foya-foya. Jika anda stress jauhilah tempat-tempat yang bising dan ramai, itu akan menimbulkan stress saja.

7. Jangan terlalu memendam rasa / diamkan diri
Jika ada permasalahan segera selesaikanlah atau minta bantuan saran maupun nasihat dari keluarga, saudara, teman, kaunselor ataupun orang bijak(mursyid/ulamak)

8. Ramah dan bergembira

Orang yang mudah bergaul dan berhadapan disetiap situasi dan lingkungan selalu dapat mengatasi masalah yang dihadapinya, hal ini karena tiap orang seperti ini lebih mudah memberi dan menerima berbagai macam hal.

9. Belajar menerima setiap perubahan yang terjadi.

Segala sesuatu yang terjadi, baik dan buruknya cubalah untuk selalu mengambil hikmahnya, dan Dalam kehidupan selalu ada perubahan baik itu berupa peningkatan mahupun penurunan dan ini merupakan ujian terhadap bagaimana kita mampu menghadapi setiap perubahan yang terjadi.

10. Berfikiran Positif.

Jangan mudah berfikiran buruk terhadap orang lain. Melakukan sesuatu hal disertai fikran positif lebih mampu memotivasi seseorang untuk meraihnya daripada yang berfikiran negatif.

11. Bercita-cita dan berusaha meraihnya.

Tentukan cita-cita anda sebaik mungkin, setelah itu susunlah rencana untuk meraihnya, dengan hal itu waktu anda tidak akanmembuang masaa hanya erana memikirkan masalah yang sama dan hanya menimbulkan stress saja.

Oleh Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid, seorang ulamak, pensyarah dan penulis daripada Arab Saudi (dipetik daripada IslamOnline.net )

Amalan untuk menguatkan ingatan mengikut Al-Quran dan Sunnah :

- Sifat lupa ialah sesuatu yang semulajadi dalam diri manusia, lantaran itu manusia di sebut Insan, sebab sifat pelupa ini. Selalunya, ia berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut perbezaan dalam kekuatan memori yang telah diciptakan Allah untuk hambanya.

Pepatah Arab menyebut:

Dia dipanggil manusia (insan) sebab kelupaannya (nisiyan) Ia dipanggil hati (al-qalb) sebab ia cepat berubah (yataqallab)

Sifat pelupa ialah sesuatu yang berbeza tahapnya antara individu dengan individu yang lain. Antara cara untuk mengatasinya ialah:

1. Jauhi daripada dosa

Dosa membawa kesan yang buruk kepada ingatan/memori dan kemampuan untuk mengingati ilmu. Kehitaman dosa tidak dapat wujud sekali dengan kecerahan ilmu.

Perkataan berikut diambil daripada Imam Syafie:

"Saya mengadu kepada guru saya, Wakee' mengenai masalah ingatan saya. Dia memberitahu agar menjauhi daripada dosa dan maksiat. Dia berkata: Ilmu Allah adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada pendosa."

Al-Khateeb menulis dalam Al-Jamie yang Yahya Ibn Yahya berkata: "Seorang lelaki bertanya kepada Malik bin Anas; Wahai Abu Abdullah, apakah yang dapat memperbaiki ingatan saya?. Malik berkata: "Sekiranya ada yang dapat memperbaikinya, maka ia adalah menjauhkan diri daripada dosa".

Apabila seseorang membuat satu dosa, ia akan menenggelamkan pelakunya dalam perasaan bimbang dan bersalah, dan ini akan membuatnya sentiasa sibuk memikirkan akan perbuatannya itu. Ini akan menariknya daripada banyak perkara-perkara berfaedah, termasuk mencari ilmu dan pengetahuan.


2. Selalulah mengingati Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Allah berfirman "Dan ingatilah Tuhan mu (Allah) ketika kamu terlupa" (Al-Kahf: 24)

3. Tidak makan terlalu banyak Kerana makan terlalu banyak akan membuatkan seseorang mengantuk dan malas selain menambahkan penyakit. Kebanyakan daripada penyakit datang daripada makanan dan minuman.

4. Makan kismis dan madu


Sesetengah ulama menyebut beberapa jenis makanan yang dapat menambahkan ingatan seperti madu lebah dan kismis.
Imama Az-Zuhri menyebut "Kamu patut mengambil madu sebab ia baik untuk memori.....Barangsiapa ingin menghafal hadith, ia patut memakan kismis"

Ada juga yang menyebut, mengambil banyak makanan yang berasid adalah penyebab kepada kemalasan dan lemah ingatan.



Renung-renungkanlah....


Allah SWT berfirman yang bermaksud:Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar), sekalipun perkataan 'uuh' dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): 'Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sepertimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil. (Surah al-Israk ayat 23-
24).


SOLAT




MENGAPAKAH SOLAT BERJEMAAH DI MASJID LEBIH BAIK DARI SOLAT BERSENDIRIAN DI RUMAH?

Dengan solat berjemaah, kita berkesempatan berkenalan, beramah dengan muslim lain, dan bersama-sama berdoa kepada Allah. Setiap langkah kita ke masjid akan menghapuskan dosa kita dan mengangkat darjat kita di hadapan Allah. Kerana itulah, Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa solat berjemaah lebih baik daripada solat sendirian dengan 27 kali ganda.

PUASA


ADAKAH PUASA BOLEH MEMBUATKAN BADAN KITA MENJADI LEMAH?

Puasa tidak akan sekali-kali membuat badan kita lemah sekiranya dilaksanakan dengan betul. Allah S.W.T yang Maha Pengasih pasti tidak akan memerintahkan kita berpuasa sekiranya hal itu boleh membahayakan kesihatan kita. Allah merancang tubuh kita supaya kuat menahan lapar dan haus hanya untuk sementara waktu. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Berpuasalah pasti kamu akan menjadi sihat”. (Riwayat Thobroni)

Dengan berpuasa, kita akan dapat menghindari kuman penyakit yang sentiasa bersama makanan dan minuman. Puasa juga akan memberi kesempatan pada usus kita untuk berehat. Alat pencernaan kita tidak ada bezanya dengan sebuah mesin yang tidak berhenti-henti untuk bekerja keras memproses makanan. Selain itu, puasa juga akan membuatkan organ dalam badan menjadi tenang. Dengan ini, sel-sel lama akan diganti dengan sel-sel baru.

ZAKAT


APAKAH PERBEZAAN ZAKAT DAN SEDEKAH?

Zakat dibayar sekiranya harta yang kita miliki sudah mencapai jumlah tertentu (nasab), cukup haul, dan dibayarkan dengan jumlah tertentu pula (2.5%, 5%, 10% atau 20%). Selain itu, zakat wajib diberikan kepada orang yang telah ditentukan, yang disebut lapan asnaf.

Sedekah pula diberikan sesuka hati kita tana wajib mencapai jumlah tertentu, waktu tertentu, dan berapa pun yang kita berikan. Apabila kita mempunyai wang, kita digalakkan bersedekah. Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah S.W.T pasti melipat gandakan pahala orang yang suka bersedekah di akhirat kelak. Selain itu, orang yang suka bersedekah, hartanya akan diberkati dan tidak akan merasa kekurangan.

HAJI


APAKAH MAKSUD TAHALLUL?

Tahallul ialah mencukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai. Tahallul dilaksanakan selepas jemaah haji selesai mengerjakan sa’ie. Dengan melakukan tahallul, maka selesailah ibadah umrah bagi mereka yang melaksanakan haji tamattu’.

Sajak Buat Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahaba,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu guru,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.


Usman Awang
1979

Adab Terhadap Ibu Bapa



Melalui titipan kisah ini, adakah perlakuan sebegini yang harus kita balas terhadap kedua ibu bapa kita yang sejak kecil lagi telah memelihara dan membesarkan kita?

Sebagai seorang anak, apakah yang seharusnya kita lakukan untuk menunaikan tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa kita?

KEPENTINGAN PENGGUNAAN CD-ROM DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IBADAH


Widatulhanan Baharudin
Suliza Samion
Siti Aishah A.Sazali
kamekitak09@gmail.com

ABSTRACT

The medium selection of technology devices is very crucial in resolving the effectiveness of teaching and learning process. Medium such as CD-ROM can be used as one of the alternatives for teaching and learning process of Islamic Education, particularly in Ibadah. Consequently, this article is trying to reveal what is meant by CD-ROM, the software that is inside it, strategies and the importance of applying this media in teaching and learning process.

ABSTRAK

Pemilihan medium alat teknologi pengajaran (ATP) amat penting dalam menentukan keberkesanan suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Medium seperti CD-ROM boleh digunakan sebagai salah satu cara alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya Bab Ibadah. Oleh yang demikian, artikel ini cuba merungkai apa yang dimaksudkan dengan CD-ROM, perisian-perisian yang terkandung di dalamnya, serta strategi dan kepentingan mengaplikasi media ini dalam pengajaran Ibadah.

Kata kunci : Definisi CD-ROM, Perisian CD-Rom, Strategi aplikasi CD-ROM
dalam pengajaran, Kepentingan penggunaan CD-ROM dalam
pengajaran dan pembelajaran Ibadah.

PENGENALAN

Salah satu tujuan pendidikan adalah untuk mengoptimumkan kemampuan anak didik dan membantu mengembangkan kemampuan yang sempurna secara fizik, intelektual dan emosi. Teori ‘Quantum Learning’ menyatakan bahawa bahawa manusia memiliki potensi untuk berkembang (potential to growth) yang hampir tidak terbatas. Namun kita hanya memanfaatkan sebahagian kecil sahaja kemampuan tersebut kerana kerana kita tidak mempunyai kaedah dan media yang tepat untuk mengembangkan kemampuan itu. Namun, perkembangan dalam teknologi multimedia yang semakin pesat kini pula menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia kini menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan 1001 teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran. Pelajar berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu. (Muhammad Asyraf Mustaffa, 2004).

DEFINISI CD-ROM

Menurut Mohd.Khalit Othman & Siti Asiah Ishak (2003), CD-ROM adalah antara alat yang menggabungkan pelbagai elemen media iaitu grafik (gambar), animasi (gambar yang bergerak), audio (suara), video (gambar dan suara) dan teks (tulisan). Berbeza dengan konsep monomedia yang mengadaptasikan satu media sahaja, CD-ROM dapat menggabungkan lebih dari satu elemen dan biasanya ke semua elemen ini akan diintegrasikan. Kajian mendapati, manusia menyimpan ingatan 10% daripada apa yang dilihatnya seimbas, 40% daripada apa yang didengari, dan melonjak sehingga 75% jika melihat, mendengar sambil berinteraksi.


PERISIAN CD-ROM

CD-ROM dikategorikan sebagai bahan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sama ada difokuskan kepada mata pelajaran tertentu mengikut sukatan pelajaran, berfokuskan maklumat umum atau berfokuskan kepada sesuatu bidang atau topik.

Teknologi CD-ROM memiliki kapasiti setoran sebanyak 1000 hingga 1200 megabytes. Oleh kerana kapasitinya inilah maka CD-ROM menjadi salah satu tempat alternatif untuk menyimpan dan menyebarkan multimedia yang selalunya memerlukan kapasiti setoran yang banyak. Ini bermaksud memasukkan skrin video yang besar kepada produk adalah mungkin (Norhashim Abu Samah et.al., 1996). Penyebaran produk multimedia ini boleh dilakukan melalui CD-ROM. Pemacu CD-ROM boleh memindahkan data pada kadar 150Kb / sesaat. Oleh itu pemacu 40X CD-ROM berupaya menyampaikan 40 kali 150Kb / sesaat, atau 6MB data sesaat.

Selain itu, perisian CD-ROM juga berupaya memuatkan bahasa pengaturcaraan yang boleh menyediakan keupayaan multimedia seperti Visual Basic dan Delphi yang mengambil pendekatan berorientasikan objek kepada pembangunan perisian yang membenarkan kawalan media ke dalam aplikasi program tersebut. Misalnya, Visual Basic menyediakan MCI (Media Control Interface) yang boleh mengawal dan memainkan format fail media di dalam aplikasi perisian seperti WAV atau bunyi MIDI, video digital, animasi, dan audio CD.

Produk seperti Macromedia Director menyediakan bahasa pengaturcaraan (juga dikenali sebagai bahasa penyuntingan) boleh digunakan untuk meminda aksi dan adegan dalam program multimedia (Ann Lathrop & Bobby Goodson, 1983).


STRATEGI APLIKASI CD-ROM DALAM PENGAJARAN

Menurut Ismail Zain (2002), dalam bukunya Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran, CD-ROM adalah sejenis media dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang harus digunakan secara berkesan oleh guru. Keberkesanannya akan menentukan sama ada ia dapat dijadikan bahan sokongan para pelajar membuat rujukan atau tidak. Oleh itu, pada peringkat permulaannya, guru harus mempunyai perancangan strategi yang berstruktur.

Terdapat tiga pendekatan penggunaan CD-ROM dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini khusus untuk CD-ROM yang diklasifikasikan sebagai program Berasaskan Pengajaran dan Bahan Berasaskan Kandungan atau Topik.

Pendekatan pertama yang digunakan adalah pendekatan sepenuh. Ini bermaksud, guru boleh menggunakan isi kandungan dalam CD-ROM ini sama ada secara sepenuhnya dijadikan bahan pengajaran di dalam bilik darjah atau dijadikan sebagai satu tugasan bagi pelajar mengaksesnya di rumah. Penggunaan sebegini lebih sesuai pada CD-ROM yang diklasifikasikan sebagai Program Berasaskan Pengajaran (PBP). Ia mungkin diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau dibina sendiri oleh pihak sekolah.

Pendekatan kedua ialah dengan pilihan. Pendekatan ini antara pendekatan yang biasa digunakan di sekolah di mana guru mengambil mana-mana bahagian yang difikirkan sesuai untuk dijadikan bahan bantu dalam pengajaran mereka. Ia boleh diintegrasikan bersama-sama bahan pengajaran – pembelajaran yang sedia ada.

Pendekatan seterusnya ialah pendekatan pengubahsuaian. Melalui pendekatan ini, guru boleh mengubahsuai bahan yang terdapat dalam CD-ROM dengan cara menyalin dan menampal (copy and paste) atau cetak layar (print screen) bahan yang sesuai untuk disimpan pada satu fail komputer. Ia boleh ditokok tambah serta dijadikan satu lembaran kerja atau nota ringkas melalui cetakan.


KEPENTINGAN PENGGUNAAN CD-ROM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IBADAH.

Berdasarkan pernyataan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI), cukup jelas menyatakan bahawa Pendidikan Islam antara elemen penting ke arah pembentukan diri insan yang diingini. Tidak dinafikan perubahan pesat yang berlaku dalam negara memberikan impak yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita pada hari ini. Oleh yang demikian, penggunaan pelbagai bahan multimedia oleh guru Pendidikan Islam merupakan salah satu cara yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, dalam artikel ini, fokus utama adalah terhadap penggunaan CD-ROM dalam pengajaran dan pembelajaran Ibadah. Sejauh mana keberkesanan penggunaan CD-ROM tersebut memberi impak yang besar kepada pengajaran dan pembelajaran murid.

CD-ROM seperti yang telah dibincangkan adalah satu multimedia interaktif yang mengandungi teks, animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks. Konsep yang khusus dan abstrak dalam buku teks dapat disampaikan secara konkrit kepada murid melalui elemen multimedia dalam CD-ROM. Ciri authentics multimedia ini membantu pemahaman pelajar dengan lebih berkesan. Oleh itu, CD-ROM boleh memuatkan segala isi mata pelajaran yang hendak disampaikan oleh para guru. Ia juga boleh dijadikan sebagai pengganti buku teks. Perisian CD-ROM boleh dimuat turunkan dengan objek-objek pembelajaran seperti aktiviti interaktif, latihan interaktif, galeri multimedia, e-ujian,
e-glosari atau e-kamus bergambar, e-jurnal dan tautan atau capaian internet. Aktiviti interaktif yang disediakan dalam perisian ini meliputi aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki, teka silang kata, latihan dan penilaian interaktif di mana keputusan semua aktiviti pelajar dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak. Latihan interaktif memberikan mereka latih tubi yang menarik dan bermakna tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari dalam buku teks (Rozinah Jamaludin, 2005). Jika diteliti, tajuk-tajuk dalam bab Ibadah adalah antara tajuk yang agak sukar bagi pelajar untuk memahaminya. Dengan adanya CD-ROM ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar memahami sesuatu tajuk sekaligus dapat meningkatkan lagi minat mereka menguasai tajuk berkenaan.

Selain itu, ia dapat menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila perisian kursus yang digunakan menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan dalam visual yang ditayangkan (Mohd. Khalit Othman & Siti Asiah Ishak, 2003). Hal ini sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar terhadap tajuk yang dipelajari khususnya dalam tajuk yang mengandungi banyak fakta seperti Zakat Harta. Al-Quran juga menceritakan beberapa peristiwa berkaitan kaedah dan penggunaan bahan pengajaran untuk digunakan bagi memastikan sesuatu pengajaran itu kekal dalam ingatan pelajar. Contohnya dalam proses tarbiyah Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w., kaedah pengajaran menggunakan kaedah pandang dengar
(audio visual) digunakan dalam peristiwa Isra’ Mi’raj, seperti firman Allah ,”Maha Suci Tuhan yang memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya. Supaya Kami perhatikan keterangan-keterangan Kami kepadanya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Isra’:1) Dalam ayat ini, Baginda bukan sahaja diisra’ dan dimi’rajkan, malah diperlihatkan pelbagai peristiwa melalui penyaksian pancainderanya yang diinterpretasikan semula oleh Jibril. Ayat ini menunjukkan pentingnya penyaksian pancaindera untuk menguatkan ingatan terhadap sesuatu perkara. Jadi, kaedah pandang dengar (audio visual) ini boleh didapati dari penggunaan CD-ROM sebagai bahan pembelajaran (Abu Bakar Abdul Majid & Siti Fatimah Abdul Rahman, 1999). Menurut Dubin. R. & Alan Hedley. R. (1969) pula, tumpuan murid akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

Di samping itu, dengan menggunakan CD-ROM di dalam pembelajaran para pelajar, ia dapat membantu merangsang deria pendengaran dan penglihatan mereka.
CD-ROM mengandungi perisian berbentuk simulasi yang boleh digunakan dalam mempelajari mata pelajaran Ibadah. Contohnya dalam mempelajari bab solat, guru boleh menayangkan visual yang menunjukkan seseorang sedang menunaikan solat. Dalam visual tersebut, mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana solat dilakukan. Mereka dapat melihat keadaan ketika rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan sebagainya. Apabila murid dapat menyaksikan tayangan tersebut, mereka akan menguasai kemahiran tertentu dan mempraktikkannya di dalam solat (Kamarul Azmi Jasmi & Abdul Halim Tamuri, 2007). Kaedah demonstrasi melalui tayangan visual ini juga akan dapat menyediakan secara langsung objek, proses atau cara melakukan sesuatu (Ahmad Mohammad Salleh, 2004).

Penggunaan CD-ROM akan dapat menjadikan pendidikan lebih produktif dengan membawa konsep kehidupan yang sebenar kepada pelajar. Mereka dapat mengimaginasikan tayangan video atau grafik di dalam CD-ROM itu dalam kehidupan mereka. (Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). Contohnya bagi tajuk Ibadah haji, berkemungkinan terdapat pelajar yang pernah menunaikan Ibadah haji dan mungkin ada yang tidak pernah mengerjakannya. Oleh yang demikian, dengan adanya CD-ROM yang mengandungi pelbagai video, audio, dan grafik berkenaan ibadah haji ini, ia dapat memberi pengalaman sebenar dan pengetahuan secara langsung kepada mereka dalam mempelajari tajuk tersebut.

Seterusnya, menurut Yusup Hashim (1998), CD-ROM akan dapat membantu pelajar belajar secara kendiri. Media pengajaran yang digunakan dalam sistem ini dihasilkan oleh pihak lain atau mungkin guru Pendidikan Islam itu sendiri boleh digunakan oleh murid tanpa bantuan guru. Pelajaran boleh dijalankan di mana-mana walaupun guru dan pelajar tidak dapat bertemu secara bersemuka sepanjang masa. Latihan pengukuhan juga dapat dilakukan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan jadual waktu serta masa penemuan bersama guru. Visual-visual yang terdapat dalam CD-ROM tersebut juga boleh membantu mereka melakukan pengulangan ketika berada di rumah. Ciri-ciri CD-ROM yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat, tidak sakit hati dan sabar semasa menggunakan program menjadikan ia sangat fleksibel sama ada bagi pelajar cerdas atau sebaliknya.
Faktor lain yang menjadikan CD-ROM amat sesuai digunakan dalam mata pelajaran Ibadah ialah kerana adanya perisian berbentuk penyelesaian masalah yang boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan mengadakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah berbantukan komputer yang boleh dikaitkan dengan aktiviti pembelajaran. Perisian permainan ini merangkumi penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari untuk mengatasi sesuatu situasi dalam bentuk permainan (Abdul Ghafar Mohd. Din, 2003). Mata pelajaran Ibadah memerlukan banyak kaedah penyelesaian masalah. Oleh yang demikian, penggunaan CD-ROM secara langsung melalui latihan atau langkah-langkah akan dapat membantu pelajar memperoleh kemahiran mengatasi masalah dengan melihat sendiri langkah-langkah bagi mengatasi sesuatu masalah. Guru juga boleh menayangkan visual pergerakan-pergerakan yang salah dalam menunaikan Ibadah dan pelajar akan mengkaji serta memberi pendapat mereka berhubung dengan permasalahan yang diberi.

Menggunakan CD-ROM dalam pengajaran dan pembelajaran Ibadah akan dapat memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih sendiri bahan pembelajaran itu mengikut minat yang sesuai dengan tahap kognitif dan belajar pada kadar yang sesuai dengan diri mereka sendiri tanpa memerlukan kehadiran guru. Sebaliknya, untuk pelajar yang lambat dalam pembelajaran, dia boleh mengulangi perkara yang sudah dilalui atau dipelajarinya sehingga dapat memahami perkara yang dipelajari
(Giam Kah H., 1999).

Bagi guru pula, penggunaan CD-ROM Ibadah sangat membantu mereka dalam meningkatkan proses pengajaran. Penggunaan masa dapat dijimatkan kerana guru tidak perlu membawa pelajar untuk melakukan kaedah demonstrasi di luar kelas. Dengan kurangnya penggunaan masa, guru boleh melakukan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan tajuk yang dipelajari pada hari tersebut dan sekaligus dapat meningkatkan kadar pembelajaran pelajar. Dengan adanya CD-ROM ini kos juga dapat dijimatkan kerana sumber dan bahan dapat disimpan dan digunakan berulang-ulang kali.


KESIMPULAN

Pelaksanaan penggunaan bahan multimedia khususnya CD-ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran Ibadah di sekolah seharusnya digerakkan di semua peringkat persekolahan. Kreativiti guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan media akan membawa makna terhadap keseluruhan pengajaran. Penggunaan CD-ROM ini akan mengubah secara radikal corak pemikiran, pembelajaran dan cara menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar. Pelbagai kemahiran dapat diadaptasikan dalam kehidupan pelajar. Teori-teori komunikasi serta teori pembelajaran dan pengajaran membantu meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sudah sampai masanya bagi guru Pendidikan Islam menggunakan CD-ROM ini sebagai asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran Ibadah di sekolah.


RUJUKAN

1. Abdul Ghafar Md.Din. (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

2. Abu Bakar Abdul Majid & Siti Fatimah Abdul Rahman. ( 1999). Multimedia dan
Islam. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia.

3. Ahmad Mohd Salleh. ( 2004 ). Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran
Pembelajaran. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

4. Ann L. & Bobby G. (1983). Courseware In The Classroom. Canada : Addison –
Wesley Publishing Company.

5. Dubin. R. & Alan Hedley. R. (1969). The Medium : May Be Related To The
Message. Oregon : Center For The Advanced Study Of Educational Administration.

6. Giam Kah H. (1999). Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Multimedia dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan TIGAENF , 57-63.
7. Ismail Zain. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.

8. Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir ( 2003 ), Multimedia dalam Pendidikan. Bentong :
Pahang : PTS Publications.

9. Kamarul Azmi Jasmi & Abdul Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam : Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.

10. Mohd. Khalit Othman & Siti Asiah Ishak. (2003). Pendekatan Konsep Multimedia
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran : Sorotan Kajian Ke Atas Pendidikan Tulisan Jawi Prasekolah. Jurnal YADIM, 147-161.

11. Muhammad Asyraf Mustaffa. (2004). Multimedia Di Dalam Darjah. Kuala Lumpur :
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

12. Norhashim Abu Samah et.al. (1996). Pengajaran Bantuan Komputer. Johor Bahru :
Universiti Teknologi Malaysia.

13. Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

14. Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Seperti yang kita maklum, dunia pendidikan sering mengalami perubahan demi perubahan. Oleh itu, teknologi multimedia dalam pendidikan akan mengalami pertambahan sebagaimana selaras dengan era globalisasi abad ini.

pendidikan Islam

PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses
mendidik dan melatih akliah, jasmaniah, dan
ruhaniah manusia. Ia berasaskan nilai-nilai Islamiah
yang bersumberkan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah
s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan
mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.10
Untuk mencapai matlamat tersebut, pendidikan
akliah atau intelektual amat penting dalam mendidik
akal. Ini kerana akal merupakan unsur paling
berharga kepada manusia yang bertindak (berfikir)
secara rasional tetapi kemampuannya agak terbatas.
Fungsi tersebut telah dijelaskan dalam perkataan
“iqra’” yang mana keadaan akal sentiasa menerima
bimbingan Allah. Oleh itu, pendidikan Islam
menekankan peri pentingnya pengisian dalam
melatih akliah manusia dengan nilai-nilai ketuhanan
(ilmu tauhid), sifat ketaatan (ta’abbud) dan penyucian
rohani (tazkiyyah). Dengan demikian, pendidikan akal
atau mental tidak tersisih daripada nilai-nilai
kerohanian.
Pendidikan jasmani pula meliputi aspek fizikal
dan mental. Kedua-duanya turut diberi perhatian
dalam pendidikan Islam. Ia merangkumi kebersihan,
kesihatan, kecergasan, kekuatan, keberanian dan disiplin. Ia bertujuan melahirkan insan yang sihat
dan kuat untuk menjalankan kewajipan kepada Allah.
Selain itu, pendidikan jasmani juga dilihat dari
sudut kerohanian dan kejiwaan yang menitikberatkan
pembersihan jiwa (tazkiyyah nafs) serta keluruhan
budi pekerti melalui akhlak.
Pendidikan yang berbentuk rohani atau spiritual
juga penting dalam Islam iaitu dalam konteks
hubungan manusia dengan Allah. Keyakinan kepada
Allah menjadi asas dalam mencapai kejayaan
kerana kekuatan rohani yang dimiliki oleh individu
itu membawa kepada kekukuhan pendidikan fizikal,
intelektual dan akhlak. Dengan itu, pendidikan Islam
tidak akan wujud tanpa disertai pendidikan
rohani. Maka bertitik tolak dari pengertian ini, Islam
menekankan beberapa aspek tertentu yang perlu
diutamakan dalam pendidikan Islam.
Pendidikan Islam itu berlaku secara berterusan
sama ada formal atau tidak formal.
Ini bererti pendidikan yang berasaskan nilai-nilai Islamiah
tidak hanya terhad kepada pengajaran akademik
tetapi juga bimbingan asuhan yang dilakukan oleh
pendidik. Justeru, pendidikan Islam juga merupakan
satu proses menerapkan nilai-nilai Islam dan
merealisasikan hasilnya dalam bidang pembinaan
insan, pembentukan dan pemasyarakatannya
mengikut dasar-dasar yang digariskan oleh Allah
serta membentuk sikap dan tingkah laku seseorang.
Ia juga boleh dianggap sebagai suatu konsep yang
mengandungi langkah-langkah dan kaedah-kaedah
ilmiah yang dibawa oleh Islam bagi menjamin
pembentukan peribadi yang sesuai dengan akidah
Islam.

hari ini kami belajar buat blog...bestnyer...:)

;;

~Asma'ul Husna~

Photobucket

~ Geng-geng Tekno PI ~